sukres

sukres

Tuesday, March 1, 2011

1. Cadangkan 5 langkah bagaimana teknologi dalam sukan dapat diterapkan di kalangan masyarakat. Sertakan dengan contoh dan perbincangan serta 5 bahan rujukan.
2. Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

3. Diakhir perbincangan, sertakan nama, no. matriks dan email.

4. Sila hantar sebelum kelas tutorial minggu depan 9 Mac 2011.

1 comment:

  1. Jika dilihat dunia sukan masa kini sememangnya sudah maju kehadapan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang telah bina dan direka dari sudut teknologi.Terdapat beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk menerapkan teknologi dalam sukan dikalangan masyarakat agar masyarakat tidak ketinggalan dengan peredaran masa.Apa yang dapat dikatakan disini dizaman milenium ini banyak perubahan yang dapat dilihat dari aspek tenologi.Seperti sukan tenis dan badminton sukan ini telah menggunakan kaedah dan sistem camera yang telah dipasang disudut tertentu untuk mengenal pasni sama ada bola itu masuk atau pun keluar dengan ini setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil tiada lagi keraguan oleh semua pihak tidak kira pemain mahupun penonton kerana rakaman ulang tayang tersebut dapat dilihan diskrin yang telah disediakan dan dalam masa yang sama pemain akan berasa lebih berpuas hati serta dapat meneruskan permainan tanpa sebarang gangguan .Selain itu dalam sukan kriket juga terdapat banyak teknologi yang digunakan seperti mengenal pasti kelajuan bola yang dibaling oleh pemain,memastikan sama ada pemain itu out atau pn tidak dan banyak lagi.Kesemua ini adalah hasil daripada teknologi dalam sukan yang telah dicipta bagi memudahkan sebarang keputusan. Pihak media juga seharusnya memainkan peranan penting tidak kira lah media cetak mahupun media elektronik untuk menyiarkan maklumat tentang sukan di malaysia ini bagi bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang sukan.Secara tidak langsung masyarakat akan lebih tahu tentang aktiviti sukan yang ada di malaysia ini dan melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Selain itu,teknologi dalam sukan dapat diterapkan dikalangan masyarakat melalui pengiklanan barangan sukan seperti baru-baru ini adidas telah mengeluarkan prodak terbarunya iaitu kasut yang mempunyai alat untuk mengesan kadar nadi semasa melakukan aktiviti. Dengan ini masyarakat akan lebih tertarik dan secara tidak langsung memberikan pengetahuan tentang teknologi semasa.selain itu pihak kerajaan juga harus memainkan peranan untuk memperkenalkan dan menganjurkan pertandingan yang bertaraf tinggi agar masyarakat dapt melihat sendiri bagaimana sesuatu pertandingan ataupun kejohanan yang dianjurkan sememangnya menggunanakan banyak teknologi seperti alatan , elektronik dan sebagainya.selain itu juga untuk menerapkan teknologi dalam sukan dikalangan masyarakat ibu bapa haruslah mendidik dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak agar mereka membesar dengan ilmu pengetahuan dan tahu apa itu teknologi dalam sukan.akhir kata,teknologi dalam sukan ini sememangnya penting dan harus sentiasa bertambah baik malah maju kehadapan bagi menghasilkan kualiti sukan yang bertaraf antarabangsa.

    ReplyDelete